MEDIA

MEDIA COVERAGE: 2012

 

← Back

 

preview5

 
Penyelarasan Latihan Siber OIC-CERT Berjaya Tangani Krisis Siber Yang Disasar

 

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) — Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer -Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC-CERT) mengadakan latihan siber pertamanya bertemakan "Serangan Disasar dan Penyelarasan Krisis Siber" di kalangan anggotanya tahun ini.

 

Latihan siber itu yang diadakan awal minggu ini adalah untuk menilai keupayaan tindak balas Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan Komputer (CSIRT)daripada pasukan OIC-CERT masing-masing dalam menangani serangan siber yang disasar, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan bersama oleh Sekretariat OIC-CERT: TunCERT (Pusat Penyelarasan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Tunisia) dan CyberSecurity Malaysia (Jabatan Pembabitan Pelbagai hala).

 

Objektif Latihan OIC-CERT 2012, iaitu untuk menilai penyelarasan tindak balas insiden, keupayaan pengendalian dan kesediaan dalam berdepan dengan serangan siber, berjaya dicapai.

 

Kesan ancaman siber boleh membawa kemusnahan apabila ia membabitkan perisian dengan tujuan jahat yang canggih dan teknologi profil tinggi, kata kenyataan itu.

 

"Sebagai Pengerusi OIC-CERT, kami amat berbangga menjadi hos kepada latihan siber sulung ini di kalangan anggota tahun ini. Kami berharap menerusi latihan ini, ia akan meningkatkan kesediaan pasukan tindak balas kecemasan komputer dalam menangani ancaman jenayah siber yang semakin meningkat," kata Lt Kol (B) Prof Datuk Husin Jazri, ketua pegawai eksekutif CyberSecurity Malaysia.

 

–BERNAMA